Monday, August 16, 2010

Pabila kita benar , Tuhan akan tunjukkannya .

Bismillah ...

saudara saudari mungkin ada membaca tulisan saya dahulu yang mana ada yang mengkritik mengatakan saya ingin memburukkan golongan anta anti . al-maklum , saya bukan ustaz mahu pun golongan berfikrah hebat yang mampu memberi pandangan yang hebat hebat . kali ini saya attach tulisan USTAZ MAZLEE MALIK untuk tatapan para pembaca dan ingin tahu adakah ustaz ini ingin memburukkan golongan ini sedang kan dia seorang ustaz apabila dia menulis seperti mana isi yang saya tulis tidak lama dahulu ya ? tepuk dada tanya hati .

 post ini bukan untuk apa . sekadar perkongsian dan ingin membersihkan pemikiran orang terhadap tulisan saya . WAllahua'lam .

"Cinta Anta dan Anti "
oleh Maszlee Malik
(Diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari)

" Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" 

(Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" 
(Hadis Riwayat al-Bukhari)


Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang

yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi- institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikanapa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana – anta dan ana – anti". Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengankata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung. Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai…kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid- nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak.Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat.wal'iyadhubillah… Salah Faham Ukhuwwah fillah Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan. Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswiterpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini. Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka…ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup.

Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain. Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah"Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa.

Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan. ALLAH a'lam bissawab..

source: here

7 comments:

D said...

article menarik. semoga dapat pengajaran. thks!

tapi cop, comment sikit. dalam artikel yang panjang jugak ni, penulis tu masih lagi menulis "Di dalam artikel yang terhad ini," then.. "penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini"

i read what u wrote before. and what you wrote is rather short than this and bagi pandangan direct kpd golongan ini. heh. kesimpulan, anda fikirlah.

fuzzree said...

Wahai pengkomen di atas, tak perlu menghukum saya dengan ayat last kamu itu . sebelum suruh saya berfikir , mari saya ajak anda berfikir ayat SINISME dan SARCASME yang ustaz ni guna kalau anda masih tak nampak . tak perlu dia bagi pandangan direct , cukup ayat-ayat yang tajam dan pedas dibawah ini .

1)Alahai…kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

2)sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

3)Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup.

4)Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

5)Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

jadi saya minta sebagaimana ustaz tu minta , fikirlah . bahasa melayu ini indah dan banyak selok belok nya . baca dan fikir sebelum terus berhujah untuk menjatuhkan . jangan cepat menghukum .

peringatan untuk diri sendiri ini .

WAllahua'lam .

D said...

sorry, saya tak menghukum ler.. huuu. saya buat perbandingan je yang what u wrote last time dgn ustaz ni tulis. bukan perbandingan apa pun. sebab the last time u wrote tu rather short without explaination atau seumpama itu. so, mungkin sebab tu lah orang critic what u said. hujah-hujah tiada. ermm..dah lupa jugak what u wrote. anyway, sorry. and thanks for the reminder.

Anonymous said...

baru pertama kali baca blog anda, dan saya bersetuju sangat2. benda ni dah lama saya fikir, sejak lagi kasih kekasih popular. saya ni jahil, bukan sikit, banyakkkkkk....saya tanya kawan saya, dia cakap anta-anti pun ada perasaan. tapi bagi saya kalau tak bersedia nak kawin dalam masa terdekat, tak payah bercintalah. tak jamin boleh jaga hati.misalnya kalau rasa nak belajar sampai PhD dulu baru nak kahwin, tak payah la bercinta kalau baru buat master...Wallaulam

fuzzree said...

Anonymous: thanks dan selamat datang . kekadang time kita tak terjebak kita boleh cakap tak elok lah semua ni . tapi kekadang bila dah terjebak , tu yg masalah . kekadang kita tutup pintu hati kita dan merasa apa kita buat betul dan orang lain salah .

WAllahua'lam .

Anonymous said...

slm
sy bertudung litup,rasa tertampar sgt bc apa y anda tulis tu..camni,kita tanya dulu pd y terjebak cinta anta-anti tu,mereka memilih utk berkopiah,bertudung litup,belajar agama atas dasar ape?
keikhlasan tu y penting.my fren ada y sebijik cam anda tulis tu,tapi dia bertudung litup atas alasan dia skolah agama,siswi belajar ilmu agama di U,n smua itu permintaan parent dia.nampk sgt dia xikhlas di sini menjadi golongan tersebut.np sy ckp cmni?
sebab sy rasa sedih,ramai lagi y bertudung litup,berkopiah dan ada yang berpurdah dgn ikhlas..n mereka xterlibat pun dgn senario tu..
sebab y terlibat tu belajar,tapi xhayati,xmendalami,n ada y xfaham pun.
kesian kat kwn2 y ikhlas nk dekat dgn Allah.ada jugak saudara terdekat sy,cukup solat,sekolah agama,tapi bila msuk U,dress up?hampeh..hampeh di sini bukanlah dia xpkai tdung,tp segla ketat y menyendatkan tu la pkain hari2.bila ditanya,jwpnny,"aku pkai cmni bkn mksud aku xckup solat.aku tau hkum,n aku xkapel bagai"..ha...kalau kita belajar n faham,tntu ia dizahirkan dlm hdup seharian kn?
msalah cinta ukhuwah fillah y anda utarakn di sini rasanya cuma melibatkan xsmpai 1% pn golongan tersebut.

fuzzree said...

salam.
terima kasih atas komen yang panjang ya .
saya highlight kan dulu ayat last kamu , yup , mmg tak sampai 1% pun . tapi , kadang-kadang benda yang luar biasa ni yang orang hebah kan . sebab apa ? sebab benda ni tak sepatutnya berlaku .

macam kes buang bayi, adakah semua orang melayu atau semua remaja terlibat dengan buang bayi ? TAK . tapi , kenapa di highlight ? sebab benda tu tak sepatutnya berlaku . dan kenapa diwar-war kan ? untuk memupuk kesedaran kepada orang untuk membenteras sama ada memberi nasihat kepada remaja atau memupuk kesedaran kepada remaja untuk mengelak dari terlibat dari perkara sebegini .

begitu la hal nya kenapa dinukilkan petikan di atas . bukan untuk memalukan , tapi untuk usaha yang lain . jika dikira untuk memalukan , adakah adil untuk menutup kesalahan golongan anta-anti tapi menjaja atau membuka kesalahan golongan selain anta-anti . pada saya , selagi kita tidak menyebut nama , ini bukan mengaibkan individu tertentu kan .

kes menutup aurat perlukah ikhlas ? pada saya apa yang wajib, samada ikhlas atau terpaksa, kita wajib mematuhinya . let say, mungkin ada perempuan tak suka pakai tudung sebab panas tapi dia masih tetap pakai tudung . jadi adakah dia salah ? pada saya tak . sebab even dia rasa 'terpaksa' tapi dia still menjaga aurat diri nya dari lelaki dan disitu tertunainya perintah Allah .

ya. saya sekolah agama . dan saya faham kisah dulu sek pakai tudung labuh skang lain . tapi tula . kes tak solat dan kes tak pakai tudung dua kesalahan yang berbeza. tak solat tapi pakai tudung , maknanya dia tunaikan satu suruhan dan dia dapat dosa atas tak solat . macam tu juga dia solat tapi tak pakai tudung . dia tunaikan satu suruhan dan dia dapat dosa atas tak pakai tudung .

berkapel, tak pakai tudung, tak solat. jika kita buat satu tinggal lain tetap salah . betul tak ?

NASIHAT PADA DIRI .

Salah silap mohon di betulkan .

WAllahua'lam .

Post a Comment