Sunday, September 26, 2010

new chapter begin .

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Pertama-tama nya , aku syukur masih diberi nikmat iman dan Islam tatkala di luar sana ada yang tak dapat merasai halawah tersebut .

Ikut kan hati , malas sudah mahu update entry di sini . rasa macam ... ntah . but , petang yang damai ini , jemari ku akhir nya berlari juga ke kekunci huruf di komputer riba aku ini untuk melakar sesuatu mengenai dunia ku kini .
pejam celik pejam celik sudah masuk tahun ketiga aku di sini. tadi , aku dan hafiz baru lalu di kedai shawarma pertama kitorang kunjungi masa baru sampai downtown toronto . first and the last . aku dan dia terfikir lantas berkata , dah dua tahun kita tak pergi kedai tue . pantas masa berlalu . kini juga aku dah ada generasi kedua junior . yang pada pandangan kasar aku , banyak perbezaan dengan generasi junior pertama aku . walau begitu , Alhamdulillah , boleh ngam .

dan selepas cuti ku di malaysia yang ku penuhi dengan pelbagai bentuk aktiviti , aku kembali ke dunia asing ku dari dunia zon selesa ku . yang dapat kurasai perbedaannya . of course aku rindu kan malaysia , keluarga ku , cikgu-cikgu ku , anak-anak murid ku . tapi dunia kini ku tak semput dari merangkul hati ku . walau penuh dengan tekanan , tapi ........ wah , sukar ku gambar kan , baik ku simpan sendiri .

aku pernah terfikir akan masa hadapan , berdialog dengan suara hati yang pasti tak dapat dirakam walau teknologi paling maju kini pun waima iphone 4 milik junior-junior ku . berfikir mengenai nasib hidup taraf saradiri ku di kemudian hari . aku hanya berasal dari keluarga sederhana , dan pabila melihat kereta-kereta cantik dan rumah-rumah mewah , hati ku bagai meronta-ronta untuk itu . aku manusia dan suka kan kecantikan . namun melihat realiti ku kini , terkadang mungkin nampak mustahil untuk semua itu . namun ku pujuk hati ku , nasib manusia boleh berubah . ya . Allah sahaja lah yang mampu membantu ku .


Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (29:62) 


bukan persoalan rezeki masa hadapan sahaja yang berdrama di hatiku , malah untung nasib pelajaran ku juga begitu . namun , ayat ni memujuk diri ku yang sedikit sebanyak agak tertekan kebelakangan ini . ada rezeki nanti , insya'Allah ada la . usaha penting . 

tiada konklusi untuk chapter ini . kerana ini sekadar lontaran dialog raga ku yang sering berdendang di corong salur darah ku . 

mari berusaha untuk mencapai apa yang kita impi kan . letak akhirat pertama , dunia yang kedua . mampu kah kita lakukan nya ? 

teng teng teng . tepuk dada , xjadi apa , tanya lah diri , iman ada atau sudah lari , moga kita tak bangga dan menjaja apabila melakukan perkara yang tak elok , hidup perlu mencari sesuatu yang hakiki dan abadi . 

Rempo Alkhain . 

WAllahua'lam . 

3 comments:

Anonymous said...

kereta-kereta cantik, rumah-rumah mewah = perhiasan dunia yang sementara, bukan?
Semoga dunia bukan di hati kita.

fuzzree said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .

erk ... haha .
da agak dh ada yang akan sound part ni .
tak salah untuk kita rasai nikmat dunia asal tak berlebihan . ustaz-ustaz yang terkenal pun duduk di rumah mewah dan kereta-kereta cantik . sebab apa ? keselesaan .

adakah mereka yang menghabiskan duit dengan melancong ke sana sini seluruh dunia itu dikatakan memiliki dunia di hati? sedangkan mereka boleh melancong sekitar malaysia sahaja tanpa perlu berhabis beribu-ribu? bukan sebab attach pada dunia or tak semesti nya . cuma mereka inginkan ketenangan mungkin kan . sama sahaja dengan kereta-kereta cantik dan rumah-rumah mewah tadi .

this is my opinion . thats all .

WAllahua'lam .

Anonymous said...

duh, x sound pun. cuma bertanya opinion saje. huhuhu~

menghabiskan duit dengan melancong? takpela, fikir baik je husnuzon lah...mungkin mereka tgh menjalankan a part of da'wah dan a part of bermusafir. musafir di negara orang lain boleh tambah banyak ilmu, kan kan orang yang belajar di canada?

cuma, our def of keselesaan berbeda. tu je.
semoga selesa dgn hidup ni!

wallahualam.

Post a Comment