Sunday, September 26, 2010

new chapter begin .

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Pertama-tama nya , aku syukur masih diberi nikmat iman dan Islam tatkala di luar sana ada yang tak dapat merasai halawah tersebut .

Ikut kan hati , malas sudah mahu update entry di sini . rasa macam ... ntah . but , petang yang damai ini , jemari ku akhir nya berlari juga ke kekunci huruf di komputer riba aku ini untuk melakar sesuatu mengenai dunia ku kini .
pejam celik pejam celik sudah masuk tahun ketiga aku di sini. tadi , aku dan hafiz baru lalu di kedai shawarma pertama kitorang kunjungi masa baru sampai downtown toronto . first and the last . aku dan dia terfikir lantas berkata , dah dua tahun kita tak pergi kedai tue . pantas masa berlalu . kini juga aku dah ada generasi kedua junior . yang pada pandangan kasar aku , banyak perbezaan dengan generasi junior pertama aku . walau begitu , Alhamdulillah , boleh ngam .

dan selepas cuti ku di malaysia yang ku penuhi dengan pelbagai bentuk aktiviti , aku kembali ke dunia asing ku dari dunia zon selesa ku . yang dapat kurasai perbedaannya . of course aku rindu kan malaysia , keluarga ku , cikgu-cikgu ku , anak-anak murid ku . tapi dunia kini ku tak semput dari merangkul hati ku . walau penuh dengan tekanan , tapi ........ wah , sukar ku gambar kan , baik ku simpan sendiri .

aku pernah terfikir akan masa hadapan , berdialog dengan suara hati yang pasti tak dapat dirakam walau teknologi paling maju kini pun waima iphone 4 milik junior-junior ku . berfikir mengenai nasib hidup taraf saradiri ku di kemudian hari . aku hanya berasal dari keluarga sederhana , dan pabila melihat kereta-kereta cantik dan rumah-rumah mewah , hati ku bagai meronta-ronta untuk itu . aku manusia dan suka kan kecantikan . namun melihat realiti ku kini , terkadang mungkin nampak mustahil untuk semua itu . namun ku pujuk hati ku , nasib manusia boleh berubah . ya . Allah sahaja lah yang mampu membantu ku .


Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (29:62) 


bukan persoalan rezeki masa hadapan sahaja yang berdrama di hatiku , malah untung nasib pelajaran ku juga begitu . namun , ayat ni memujuk diri ku yang sedikit sebanyak agak tertekan kebelakangan ini . ada rezeki nanti , insya'Allah ada la . usaha penting . 

tiada konklusi untuk chapter ini . kerana ini sekadar lontaran dialog raga ku yang sering berdendang di corong salur darah ku . 

mari berusaha untuk mencapai apa yang kita impi kan . letak akhirat pertama , dunia yang kedua . mampu kah kita lakukan nya ? 

teng teng teng . tepuk dada , xjadi apa , tanya lah diri , iman ada atau sudah lari , moga kita tak bangga dan menjaja apabila melakukan perkara yang tak elok , hidup perlu mencari sesuatu yang hakiki dan abadi . 

Rempo Alkhain . 

WAllahua'lam . 

0 comments:

Post a Comment