Sunday, September 5, 2010

Maaf Zahir Dan Batin Ya .

Assalamualaikum WBT .

sahabat-sahabat , kawan-kawan , dan mereka yang membaca .
lama tak update blog nie .

puasa tinggal 4 hari . tak lama lagi pun nak raya da . aku kat sini nak mengambil kesempatan........
kesempatan apa ............
..........
kesempatan ...
memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki dan segala inci tubuh aku andai ada yang melakukan dosa dan kesalahan pada korang sama ada sengaja atau tidak , di depan atau di belakang korang , dalam hati mahu pun yang diluahkan , di mulut yang berkata mahu pun di jari yang menaip . lagi lagi dalam blog aku nie kalau adala yang aku telah menyinggung dan menyakiti hati korang . ku susun jari memohon ampun dan maaf .

andai pelita membakar ketupat,
jangan dilupa rendang di dapur,
salah silapku terdagang merempat,
ampun dan maaf terusan menggelupur.

salam diatur buat yang mahram,
yang haram disentuh diucap sahaja,
kalau terasa sampai ke dalam,
harap dicuci jangan dibaja.

makan dodol, ketupat dan rendang,
kalau diet sila hindarkan,
maaf bermaafan saling didendang,
buat  taulan mahupun rakan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .
LAGI 10 HARI NAK BALIK CANADA .
HUAAAAAAAAAA .

7 comments:

atiqahmki said...

aku ambil kesempatan ini untuk minta maaf jugak, semua yang pernah tersilap kata/laku/tulis dan semuanya. moga dapat dimaafkan. terima kasih.

Anonymous said...

semoga segala kesilapan dapat dibersihkan.. sebelum pulang ke kanada selesaikan segala urusan yang tertangguh..semoga perjalanan pergi balik dipermudahkan Allah.. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..

fuzzree said...

atiqah: ya sama juga . minta maaf semuanya . seperti yang tertulis di post atas . harap dimaafkan juga . terima kasih .

anonymous: terima kasih . cuma yang maaf tu tak tahu camne nak maaf kan sebab tak kenal anda siapa .

Anonymous said...

Penpal, maaf zahir batin jgk. bestnya raye kt msia..
salam akhir RAMADHAN..slmt HARI RAYA!

Anonymous said...

_junior pelik_

ye..yee....
aku maafkan~

hikhikhik~
sorry jugak ahhh!!!
ko mesti wajib maafkan aku!!

Anonymous said...

Minta maaf juga dengan segala tindakan/kata/cara yang pernah tersalah, terzahir atau tidak. Moga dapat dimaafkan.
Terima kasih.
Selamat menjalankan ibadah puasa yang berbaki ini.

-kawan yang kene delete fb-

fuzzree said...

selamat hari raya aidilfitri semua .
maaf zahir dan batin .
semoga semua berbahagia .

Post a Comment