Friday, October 15, 2010

Best Ke Tak Best .

Bismillah ...

Macam mana ni ? macam mana ni ? macam mana ni ?

aku ni golongan yang melampaui batas ke ? kalau ya , mati la aku . mana aku tahan azab azab macam tu . neraka Jahanam tu . top ranking neraka . dah la bukan hakab je jangkawaktu seksaan nya . ahkaba tuuuuuuuu . bayang kan hakab tu 80 tahun yang satu hari nya bersamaan 1000 tahun . kalau ahkaba (jama' @ plural untuk hakab) , lama tu , duk dalam lecture hall 50 minit pun asik tengok jam bila la nak habis , ini pula duk situ , ya Rabbi . dalam tu bukan boleh dapat minum air oren ais ke apa . air panas menggelegak dan nanah jadi santapan air di kala dahaga (which is of course dahaga kalau dah ada kat tempat yang sangat panas) . jangan harap la nak air cond waima kipas baba dan nyonya sekali pun .

aku nak jadi orang bertaqwa . orang yang bukan sahaja takut dengan Allah , tapi mengambil tindakan untuk mengelak kemarahan Allah . nanti boleh la aku dapat kebun special dengan buah anggur . pula tu dapat lagi kawa'iba atraba (perempuan-perempuan yang sebaya) , n tak main la lekeh lekeh punya kalau dah dalam syurga kan , Allah kasi tip top punya insya'Allah . Takde minum nanah nie , air special dalam gelas berharga jadi hidangan . Sampai nanti nikmat-nikmat Allah kasi pada kita sampai kita kata pada Allah cukuplah nikmat-nikmat ini lantaran terlalu banyak nya kenikmatan .

Takut dengar time terjemahan surah An-Naba untuk neraka tapi bila part syurga hati jadi lapang , best , seronok . Moga Allah ampuni segala dosa aku dan tempat kan aku dalam golongan orang-orang yang bertaqwa . Insya'Allah . Amin .

WAllahua'lam .

1 comments:

... said...

ana suka post ni! thanks for sharing and iAllah kita sama2 berusaha jadi org2 beriman dan yg bertaqwa. amin.

salam.

Post a Comment