Assalamualaikum .
Long long weekend . 3 days . but I know it will end soon . masa semakin pantas kan sekarang . tanda tanda apa ? Kiamat sudah hampir , fikir-fikir lah .
tak ada benda sangat nak tulis . cuma ada beberapa persoalan berlegar di fikiran ini . bukan retoris . sekadar membiarkan otak bekerja untuk memikirkan kehidupan ini .
1) Kita as manusia , dewasa kini , mesti sukar nak terima pembaharuan yang dibawa seseorang kepada kita kan . Apatah lagi untuk mengubah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan pada diri kita . Mungkin kita menolak . Atau bagi sesetengah kita , mungkin akan membuat research untuk mencari kebenaran tersebut . Bagaimana ya jika kita hidup di zaman awal awal nabi SAW dilantik menjadi Rasul ? ada kah kita tergolong dalam golongan siddiqin ? yang membenarkan ajaran Islam yang dibawa semula setelah masyarakat ketika itu ditenggelamkan dalam kekufuran . yang sudah biasa menyembah berhala . bagaimana ya nasib kita ? adakah kita tidak dapat menerima ajaran yang dibawa baginda SAW ? macam mana mahu membuat research tanpa internet ketika itu ? Ya Allah . terima kasih aku dilahirkan dalam nikmat Islam dan Iman . aku tak tahu apa nasib ku andai aku hidup pada zaman tersebut . Nauzubillah Masya'Allah .
2) Facebook . ada perempuan yang di luar sopan , menjaga , tapi di dalam facebook , lain jadi nya . kalau perempuan walau sesama perempuan yang menjaga hubungan dengan lelaki tapi menggunakan ayat ayat manja sesama perempuan dan dibaca oleh kawan kawan lelaki mereka , apa hukum nya ya ? aku tak kata halal atau haram . aku tak tau tak pasti . tapi ini yang aku fikir .
3) Facebook In a Relationship With Thingy . Mark Zuckerberg . Tahniah ! ko memang hebat . In a Relationship With thingy telah berjaya mewar-warkan lagi hubungan KAPELisasi untuk tontonan umum bukan sekadar 18 SX mahu pun yang dipotong oleh Lembaga Penapisan Hukum . kalau betul hubungan tu , dh bukan sahaja menjadi contoh tak baik pada orang lain , kalau orang tu cuba untuk mencontohi kapel tersebut untuk berkapel , adakah kapel yang menayang In a Relationship With tu akan berdosa kerana telah memberi contoh tauladan kepada orang tersebut ? dan kalau sekadar suka suka atau main2 sahaja In a Relationship itu diletak , bukan kah ia menimbulkan fitnah . bagai mana tu , ada kah berdosa juga sang pemilik In a Relationship With tu ?
4)Kalau la kita hidup di zaman dahulu pun sebagai Islam , ada kah kita benar benar berani untuk menyertai pasukan tentera perang fi sabillah ? itu satu kewajipan kan . aku tau kita tatkala ini mungkin berkata aku berani aku sanggup . tapi bila tiba masa nya ketika itu benar benar kah kita cukup kuat untuk semua itu ? Meletakkan diri dalam situasi hidup mati . sedang kan bungee jump tu pn aku tak sanggup nak buat . bagaimana pula dengan berperang ya ?? Ya Allah . Ampun kan hamba Mu ini . Mungkin itu yang Allah maksud kan , Allah tak akan membebani seseorang dengan ujian yang tidak mampu dipikulnya . WAllahua'lam .
untuk soalan 1 dan 4 , bukan niat aku untuk mempersoalkan saja2 . sekadar untuk kita berfikir . bersyukur . sedar .
Aku menulis persoalan persoalan di atas untuk aku share apa aku tengah fikir dan aku pun mungkin ada jawapan aku sendiri untuk persoalan tersebut tapi ada yang jawapan tu mungkin tak berapa konkrit / tak pasti . kalau sesape ada jawapan kukuh untuk dikongsi , silakan , sebarkan .
Maafkan aku yang Ya Allah jika ada silap dan salah dalam penulisan ku ini .
WAllahua'lam .
Saturday, October 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Assalammualaikum..
ana sekadar mahu berkongsi pendapat..bukan kah kamu sudah mengetahui bahawa suasana Facebook amat banyak buruk daripada baiknya..
maka jauhilah perkara2 yg buruk itu..
sabda Rasulullah : “Sesiapa diantara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran,maka hendaklah dia mengubah dengan tangan (kekuasaan),jikalau tidak berkuasa juga hendaklah dicegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman”.
Wallahu'alam..
Waalaikummussalam WBT .
thanx for sharing . adakah maksud anta/anti yang ana kena jauh kan diri dari facebook ? em . fb sebenarnya boleh digunakan untuk perkara2 yang baik juga kn . sharing ayat2 quran dan jadi kn medium dakwah / islah juga adalah function atau aplikasi facebook yang kita boleh guna kan .
jangan larikan diri . my main ideas di atas apabila berlaku perkara yang tak elok kot . maaf kalau salah faham .
thanx for kongsi ur pandangan .
WAllahua'lam .
afwan..jauhkan diri bererti menjauhkan pandangan dan nafsu dari melihat perkara yang tiada faedahnya.. tidak dinafikan mmg facebook merupakan medium yang membolehkan kita berdakwah.. tapi hanya segelintir daripada mereka yang berfikir akan mengambil iktibar dari apa yang dikhabarkan dan beruntung lah orang itu.. insyaALLAH.. niat yang ikhlas akan diberkati Allah... amin
wAllahua'lam..
menarik..betul. sesuatu utk difikirkan..
dan direnung2
pedas ooo. tapi thanks. terkena.
bab in a relationship with tu, another point is:mengiklankan dosa.
Post a Comment