Sunday, November 28, 2010

Berniaga Dengan Allah .

Bismillah .

Esok ada 2 quizzes . semoga Allah permudahkan segala urusanku . sebelum aku lupa , just nak share apa yang antara isi yang aku dapat masa usrah hari tu .

pernah tak kita terfikir , akan ada orang akan memberi kita pinjaman modal untuk suatu perniagaan , dan kemudian dia berkata , yang dia mahu membeli pula apa yang dipinjamkan kepada kita .

tentu pelik . kan kan .

tapi Allah dah janji kan satu perniagaan yang lebih kurang begitu kepada manusia kan . Allah beri kita pinjam kaki , tangan , badan , dan sebagainya , kemudian Dia ingin pula hadiahkan kita keselamatan dari azab yang pedih dengan pinjaman tubuh badan kita ini , asal kan kita buat apa yang Dia minta .

“Hai orang orang yang beriman,
mahukah Aku tunjukkan kepada mu suatu perdagangan (perniagaan)
yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih.
Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan
berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa mu.
Itulah yang terlebih baik bagi mu, jika kamu mengetahui.
Nescaya Allah mengampuni dosa mu dan
memasukkan kamu kedalam syurga
yang mengalir dibawahnya sungai sungai dan
ketempat tempat tingal yang baik didalam syurga Aden.
Itulah kemenangan yang agong. Dan (ada lagi) kurnia lain yang kamu cintai
(iaitu) pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya).
Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang Mukmin (61:10-13)”

Semoga aku termasuk dalam orang-orang yang mendapat khabar gembira tersebut , insya'Allah , amin .

WAllahua'lam .

0 comments:

Post a Comment