Monday, January 3, 2011

bukan sekadar noktah .

Ketika manusia meredah sejarah , 
mengerah keringat memimpin mehnah , 
ada yang lalai menyongsang arah , 
membiar diri tengelam ke bawah , 
riang di luar tanpa lelah , 
jasad bergetar roh bernoktah , 
lupa kan tuhan ketika tak susah , 
namun pabila sukar datang di sebelah , 
tanpa malu tunduk di sejadah , 
tapi tuhan itu pemurah , 
selagi sempat taubat ditadah , 
selagi ikhlas memaut madah , 
insya'Allah ampunan kan terbit mudah , 
semoga diri tak mudah tergugah , 
dek lakonan dunia yang dongengnya indah , 
semoga diri tak mudah pasrah , 
agar tergapai cinta yang tak murah . 

1 comments:

Anonymous said...

memang dunia penuh lakonan..
semoga kita semua tabah mengharungi
segala mehnah dan tribulasi yg melanda..
bukan mudah untuk memuaskan hati mereka
namun cukuplah kita mendapat keberkatan Illahi atas segalanya.
selagi nafas masih bisa dihela bersykurlah atas segala nikmatNya..
jangan mudah alpa dan leka dengan dunia semasa..

Post a Comment