Wednesday, January 12, 2011

khusyuk .

Bismillah ... 


Imam Abu Al-Aliyah berkata: 
“Solat mempunyai tiga keistimewaan, dan jika tidak ada ketiga-tiga ini di dalam sesuatu solat, solat itu dianggap tidak berfaedah sama sekali. Keistimewaan-keistimewaan itu ialah ikhlas, khusyuk dan zikrullah." 


kata beliau lagi mengenai khusyuk yang telah diringkaskan: 
“Kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu.” Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara yang lain daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat. Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud, berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi. Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.


herm ... entah la . aku harap aku tak fail setiap solat aku . susah nya nak dapat khusyuk . =( . 


WAllahua'lam . 

5 comments:

... said...

assalamualaikum.

sbnrnya kan, khusyuk x sesusah nak dicapai spt rempo fikir tu. cuma, slalunya (in my opinion), adalah kebiasaan manusia untuk melaksanakan solat secara terburu2/ingin cepat habiskan solat tu. disebabkan inilah yg rasa khusyuk tu x tercapai. malu nak mengaku tp ana juga begitu acap kali sbb slalu sibuk dan schedule sgt penuh. tp bila ana solat ngan hati yg tenang dan minda yg lapang, ah, indahnya masa solat tu! sedap je..^^ kadang2 sedap tu rujuk pd perasaan yg sayu dan syahdu especially kalau time solat tu ana tgh sedih atau susah hati..boleh menangis bila berzikir.

btw, liana suka ayat2 ni: "hati tidak menerawang memikirkan perkara yang lain daripada solat. Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia."

shukran jazilan krn berkongsi dan aseef jiddan krn komen yg panjang ^^"

Anonymous said...

subhanallah untuk comment ukhti Liana di atas :')

"the sweetest time of the day is during the solah. why? because you are praying to the One that love you the most!"

semoga ana pun dapat rasa sedapnya solat itu.

fuzzree said...

To Liana:
Alhamdulillah .
cuma mungkin juga kerana hati saya ini yang tak bersih . Liana saudara baru , hati masih tak sekotor saya mungkin . jaga lah hati sebaik baiknya . saya masih lagi mencari wadah sesuai untuk tazkiatun nafs untuk diri ini sendiri .

pernah dengar satu kisah tp dh lupa exactly . maafkan saya andai cerita ini salah . kisah mengenai cabaran yang diberikan kepada sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. yang barang siapa dapat solat dengan khusyuk akan diberikan hadiah . maka salah seorang sahabat menyahut cabaran tersebut . Seusai dia solat, dia ditanya , bagaimana , adakah solat nya khusyuk . dia menjawap yang solat nya khusyuk sehingga tahyat akhir . namun , ketika tahyat akhir sebelum memberi salam , dia mula teringat apa hadiah yang bakal dia terima nanti . WAllahua'lam . maafkan saya andai cerita ini salah . cuma apa yang saya nampak dalam cerita ni , tahap khusyuk tu memang susah untuk dicapai (mungkin pada saya dan bukan pada anda) . namun , apa yang saya cuba buat ialah CUBA untuk khusyuk . moga Allah maafkan kekurangan diri saya ini .

WAllahua'lam .

opiey said...

assalamualaikum..yup..cerita itu betul.
khusyuk memang payah..ustaz saya kat sekolah pernah cakap yang sepanjang hidup mungkin kita hanya khusyuk sekali sahaja. tapi,ustaz kata untuk coverkan khusyuk solat is solat jemaah coz dalam ramai2 mungkin seorang dua khusyuk and kita pun dapat share khusyuk itu~insyaAllah

... said...

waalaikumusalam ikhwah rempo.

maksud hati kotor tu camne? "mencari wadah" and "tazkiatun" maksudnya apa? aseef kurang faham byk term2..

eh, liana bukan maksudkan mudah untuk ana nak khusyuk cuma ckp tht it is very possible to smpai khusyuk kalau siapa2 tu engross-kan diri time solat tu.. time berzikir lepas solat atau masa bersujud tu (sbb masa bersujud tu yg kita doa lebih2 and bercakap dgn Allah kan? tolong betulkan ana kalau ana dah tersilap pemahaman)

and jzkk for sharing the story.

salam fillah

Post a Comment