Monday, May 30, 2011

solat isyak dan subuh .

Bismillah ...

makin ke arah summer , makin panas . makin panjang siang , makin pendek malam . nak mujahadah pergi masjid isyak dan subuh secara consistent amat lah susah . sedang kan ganjaran nya besar . isyak di masjid pukul 10.30 malam dan subuh 4.45 pagi sekarang ni .

moga mereka yang berada di Malaysia malah di mana mana sahaja dapat mengambil  peluang untuk hadirkan diri di masjid terutama solat isyak dan subuh , mmg susah , mmg liat , tp ambil la peluang yang Allah kasi untuk beramal dengan sebaiknya .

"salah satu benda best yang korang nak rasa masa jalan kaki ke masjid solat subuh , korang tarik nafas dalam-dalam, korang dapat rasakan nyaman nya udara masa tu . bau nya pun sedap . Masya'Allah . but min fadlik (please) , dah sedut , tolong hembus balik , kang ada yang meninggal tak bernafas pula . =)" . skang ni meh semangat kan diri kita untuk ke masjid setiap malam dan pagi . kalau boleh setiap waktu . lagi bagus .

Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 



Imam Muslim juga ada meriwayatkan hadis yang bermaksud:
Daripada Abdul Rahman bin Abu Amrah RA, katanya: "Suatu malam Uthman bin 'Affan RA telah masuk ke dalam masjid selepas selesai didirikan solat Maghrib. Lantas dia pun duduk berseorangan. Lalu aku pun datang mendekatinya dan duduk disampingnya. Tiba-tiba dia berkata kepadaku: "Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang bersolat Isyak secara berjemaah maka (ianya akan diberikan ganjaran) seperti solat sunat separuh malam dan sesiapa yang bersolat Subuh secara berjemaah nescaya (ianya akan diberikan ganjaran) seperti mendirikan solat sunat sepenuh malam"

 nak baca lebih lanjut:
http://al-ehsaniah.blogspot.com/2011/01/jom-ke-masjid-siri-5-kelebihan-solat.html

WAllahua'lam .

1 comments:

... said...

mashaAllah, ana x pernah tau pasal ganjaran bersolat isya' dan subuh secara berjemaah. bestnya untuk org yg duduk dekat2 masjid/surau/yang duduk serumah ngan Muslims lain(sbb boleh jemaah ngan house mates)

shukran kongsi coretan dan informasi ini. barakallhufikum.

wslm

Post a Comment