Friday, September 2, 2011

Langkah Hari Ini.

Bismillah ...

Alhamdulillah . aku masih mampu menghabiskan Ramadhan ku dan menjejakkan diri di bulan Syawal . Semoga semua amalanku diterima dan semua kekhilafan ku diampuni , insya'Allah .

Alhamdulillah . Dapat meraikan hari raya bersama rakan-rakan di dua rumah yang berbeza untuk mengeratkan ukhwah sesama pelajar .

Alhamdulillah . Semester baru bakal bermula . Terima kasih Tuhan , aku diberi ruang untuk terus survive di sebuah university yang mengumpulkan pelajar-pelajar bijak pandai seluruh dunia . Its not easy . Hanya engkau yang Maha Mengetahui perasaan bercampur baur sepanjang tiga tahun aku belajar di sini .

.......

Kini aku diuji lagi . rumah kami dibedil sekali lagi oleh 'peluru-peluru' pihak tertentu yang tidak mahu berbincang dengan cara yang baik untuk menyelesaikan masalah . Ya Tuhan . Adakah ujian ini untuk Kau dekatkan Kami kepada-Mu atau untuk Kau depakan jarak antara kita ? Aku mengharap yang pertama .

Ya Allah .
Kau bantulah aku meniti jalan untuk mengecap kejayaan dihujung jalan.
Aku tak mahu bersendirian.
Menghadapi hidup yang tak tahu entah bila badai mungkin melancarkan serangan.
Dan ketidakpastian di mana mentari bakal menghadiahkan senyuman.
Biarlah apa situasi pun, Kau tetap menjadi peneman.
Kerna ku tak mahu termasuk golongan yang dirundung kerugian dan dibiar kesesatan .

Bismillah ...
Semoga Engkau memberi kemudahan , Ya Allah .

WAllahua'lam .

0 comments:

Post a Comment