Wednesday, May 9, 2012

Alhamdulillah

Bismillah ,

Alhamdulillah . All praises belong to Allah . yang mengabulkan sebahagian doa hamba-Nya yang hina dan kerdil ini . atau mungkin doa orang orang di sekeliling aku . setelah usaha yang tak sehebat mana , aku berjaya menghabiskan pelajaran di salah sebuah universiti yang diakui antara tersukar dalam bidang kejuruteraan nya . lebih manis lagi , Allah hadiah kan keputusan yang terbaik pernah aku raih sepanjang aku menuntut di sini . aku akui , walau aku pulun keringat untuk semester akhir ini , aku tahu usaha aku hanya sekelumit dan keputusan  yang aku capai ini hadiah manis Allah beri untuk aku (atau mungkin ujian juga) .

Alhamdulillah , sekarang kaki perlu melangkah ke era baru kehidupan , perlu mencari kerja dan mencari menantu untuk ibu . dua benda yang sangat penting sebagai penentu masa hadapan dan pembantu untuk mengejar akhirat juga . masih beristikharah , mula nampak bayangan tapi tak sure , jadi perlu berusaha lagi . moga Allah tunjukkan kebenaran . oh ya . buat sesiapa yang tak tahu , solat sunat boleh dicombinekan . so , sambil buat nawafil boleh niat hajat, taubat, dan istikharah =) .click sini untuk maklumat lebih lanjut .

Alhamdulillah , hari  nie juga dapat berita gembira , sakit kencing manis ayah dah berkurang . from 13 to 8 . selama ni makan ubat tak kurang . tp Alhamdulillah dengan izin Allah , ayah guna petua minum air kosong 1 botol sebelum gosok gigi pagi , sakit tu dah berkurang .

Semoga aku sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan pada aku . Amin .

WAllahua'lam .

4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum. tahniah untuk keputusannya. bila balik malaysia? sakit sendiri macam mana? berkurang tak?

Anonymous said...

..ssungguhnya Allah akan memmbantu hamba yg mmbntu agama-Nya, Allah akn mndekati hmba yg sntiasa brusaha mndekati-Nya,smoga trcpai apa yang dihajati..best of luck! congrate!

fuzzree said...

Anon1: thanks . insya'Allah sampai malaysia awal julai . sakit sendiri masih macam ni cuma kena tabah dan berdoa .

Anon2: thanks . amin .

Anonymous said...

alhamdulillah tahniah kawan. smoga bertemu menantu ibu yg solehah amin :)

Post a Comment