Saturday, March 20, 2010

dosa ? ya . suka ? tidak . cara ? banyak . dah cuba ? dah . yang berkesan ? masih mencari .

Bismillah .

kes 1: ooo , dengan orang ini , dia buat salah , aku kena tegas suruh dia berubah . tak kira dia mampu atau tidak, tegas itu mesti .

kes 2:eh , dengan orang ni , dia kawan aku walau tak rapat , kalau aku tegur nnt dia kecik hati , makin jauh dia dari aku . jadi baik aku diam . benci dalam hati tu yang aku mampu . aku tak mampu nak tegas dengan dia. aku lemah .

pernah tak anda ada dalam situasi ni , aku observe ramai je orang macam ni . kenapa ya ? macam memilih bulu . adakah berdakwah dengan cara memilih bulu itu dakwah yang bagus ? entah la ya .

Aku yang cetek ilmu kadang kadang terpedaya dengan semua ni . aku fikir , macam mana orang nak respect dia , tindak tanduk nya tak konsisten pada dua orang yang berbeza . aku tau kadang kadang aku tak boleh fully terima kalau orang tegur aku dengan tegas. dalam hati tu sedikit sebanyak mesti terasa .

tapi kemudian aku akan fikir dengan lebih jauh . aku terima kesalahan aku tu . walau aku tak boleh berubah mendadak , tapi aku ada usaha , siapa manusia nak persoalkan usaha aku , Allah yang layak . even orang yang baru peluk Islam pun kalau tak tahu solat, buat skit2 dulu , tak perlu paksa buat solat 5 waktu terus sedang kan time tue ntah ntah dia tak hafal pun al-fatihah lagi . boleh ke paksa macam tu ? ni pandangan aku . sebab benda yang kita tak biasa buat , susah kita nak buat . macam tu juga benda yang kita dah biasa buat , kita susah nak tinggal . (kalau salah , betul kan aku) .

dan at the same time , aku fikir pada pihak orang yang menegur , eh , dengan aku dia cakap macam ni , tapi bila kena dengan orang lain , kenapa tiada ketegasan pada dia . apa kes ?

aku mungkin masih tak dalam agamaku , tapi aku tahu , ada cara yang terbaik untuk deal dengan manusia , sebab aku pernah lalui zaman zaman ignoring certain part of agama , (solat n puasa xde la terbiar , cuma certain aspek lain yang mungkin tak dipandang berat.) dan aku pernah juga hadapi orang yang ada masalah lebih kurang macam ni .

hebatkah aku ? tak . tebalkah iman ku ? WAllahua'lam . aku tak kan menyerah diriku terus terusan bergelumang dengan dosa tapi aku akan cari cara yang sesuai agar diri ku tak terus diselaputi dosa .

bangga kah aku dengan diri aku ? tak . sebab aku masih buat silap . aku tak pernah rasa diri aku baik , sampai satu masa aku kecewa dengan diri ku , sebab aku dah cuba berubah instantly , n after that perkara itu datang kembali . wajar kah aku menggunakan solution yang sama yang tak berkesan pada masalah yang sama ? tepuk dada tanya akal . biar la manusia terus terusan memerli . tak perlu ku pandang tindakan sebegitu .

Ya Allah , andai aku mati , dan ketika itu tak mampu lagi ku buang sikap burukku, kau ampunkanlah dosa dosa ku , kerana aku hanya hamba-Mu yang dah berusaha , namun masih mencari solusi yang terbaik untuk mengubah sikapku .

WAllahua'lam.

2 comments:

atiqahmki said...

aku rasa byk yg ko nak address kt sini. nk komen psl kes 1 kes 2 je kot.
manusia semua lain-lain. alangkah mudahnya kalau manusia semua sama. kalau pemikiran semua sama, senanglah macam tu. cara tegur semua orang sama.

ada yang anak sulung, tak biasa orang mengarah-arah. ada yang anak bongsu, tak boleh terima kalau orang tak nak ikut cara dia. etc. wallahua'lam.

maka dgn stgh org, lg mudah nak tegur, berbanding dgn sstgh yg lain. wallahua'lam, pndpt aku semata.

fuzzree said...

sangat banyak . dan aku rasa macam tak teratur sangat .

betul sangat teguran ko tu . pendapat ko tepat . aku lupa nak highlight , maksud aku bila jumpa dua orang yang sama character n sama masalah mereka , tapi ketegasan di buat pada level berbeza . sbb ini boleh timbul kan rasa ketidakadilan pd orang keras ditegur sedang kan dia perlukan teguran yang lembut tapi pada masa yang sama dia nampak orang lain ditegur dengan lembut.

tapi yup , bila pk balik , mmg susah nak sama taraf kan , walau cara teguran tu berbeza, harap pengaplikasian tu tak menimbulkan rasa lebih jauh pada Islam sebaliknya dapat memimpin lebih dekat pada Islam .

points yang lain , apa pandangan ko ? sebab masa ni aku alami benda ni dan aku tulis dengan emosi juga kot . so , aku takut apa aku tulis lebih pada emosi dari kebenaran .

Post a Comment