Sunday, October 24, 2010

buruk dan baik .

Bismillah .

Cuaca yang agak weird di toronto mungkin . mist tebal sehingga bangunan tidak kelihatan . musibah atau anugerah ? semua itu rahsia milik Dia .

Sekali lagi aku diuji . sakit lama menjengah kembali minggu ini . semalam mungkin yang agak kritikal . sangat berdenyut di salur yang koyak itu ketika waktu aku mahu tidur . Tuhan kejam ? sama sekali tidak . mungkin ada hikmah yang aku tak tahu . cuma harapan aku , aku tak terlantar di hospital seperti dulu .
Aku kapan berdoa seusai solat supaya tubuh aku sihat . supaya aku dapat hidup seperti manusia biasa . tapi apa kan daya , Dia merancang sesuatu untuk aku mungkin .

Aku acap kali terdengar dan bah kan aku sendiri pernah terfikir , adalah paling baik untuk menjadi diri sendiri . tanpa bermuka muka . tapi benar kah itu yang terbaik ? atau lebih baik mengikut jalan yang lurus sebagaimana kita berdoa 5 kali sehari ? jalan yang Dia redhai , bukan jalan orang yang dimurkai dan jalan orang yang sesat . (Surah Fatihah intipati ayat 6-7) . ya Tuhan . kadang kadang aku menganggap jalan yang tempuh kini , jalan yang diredhai di mataku , tapi mungkin bukan dimata Mu . Kau maafkanlah ku ya Rabbi .

Walau macam macam benda berlaku tatkala ini , namun , telinga ku tetap dikunjungi berita gembira , sahabat ku , pelajar UTP bakal ke Nevers, France untuk internship selama 8 bulan dan bakal terbang Disember ini. Tahniah. Semoga kau berjaya . moga bila kita sama sama grad nanti insya'Allah akan dapat kerja yang terbaik untuk diri kita .

"O Allah, nothing is easy except what You make easy. And You make the difficult, if You wish, easy." (Narrated by Ibn Hibban in his Sahih). 


*sentimental mode*

WAllahua'lam .

2 comments:

Anon said...

Dari Abdullah r.a katanya:”Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh baginda seraya berkata:”Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.” Jawab baginda,”Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu. Kataku pula, “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab baginda:”Semoga!” Kemudian sabda baginda pula:”Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

(Muslim)

Maha pengasihnya Allah. Semoga kuat.

wallahuaalam

Anonymous said...

fazry,tabahkan diri anda.. mungkin ada hikmah
dan ganjaran istimewa disebalik dugaan yang melanda.. bersabarlah...

Post a Comment